Pembinaan RMS Titanic

Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania. Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic, Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukukran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu). Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship).Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.

Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.